Sunday, 13 May 2012

PENGURUSAN PENYAKIT DAN SERANGGA PEROSAK TANAMAN TOMATO

A. SERANGGA


1. ULAT PENGOREK BUAH


Ulat ini seringkali mengorek buah tomato yang masih muda. Ia menyebabkan buah berlubang dan menjadi busuk akibat jangkitan ulat Helicoverpa sp. Buah yang telah rosak perlu segera dipetik dan dimusnahkan supaya ia tidak menjangkiti buah yang lain. Langkah pencegahan yang boleh dilakukan adalah dengan menyemburkan pokok dengan racun serangga iaitu Permethrin. Sukatan racun yang digunakan perlu mengikut arahan yang terdapat pada pembungkusan.

2. LALAT BUAH


Lalat buah (Dacus durcalis) merupakan serangga yang berwarna coklat kekuningan dengan garis membujur pada bahagian belakang. Lalat tersebut akan mengeluarkan telur yang akan menjadi larva yang akan memakan buah sehingga menyebabkan buah berlubang dan menjadi reput.

3. RAYAP

Serangga ini biasanya menyerang bahagian batang dan akar tanaman tomato. Serangan yang serius akan menyebabkan pokok mati. Langkah-langkah pencegahan yang boleh dilakukan adalah dengan melakukan amalan sanitasi secara berkala, membersihkan kawasan penanaman seperti membuang atau membakar rumput, lalang yang telah dipotong atau pokok-pokok yang telah ditebang. Proses pengwasapan perlu di lakukan dengan menggunakan Basamid G. 

4. KUTU PUTIH



Kutu ini juga dikenali sebagai Pseudococus sp. berwarna hijau dan bahagian tubuhnya diselaputi oleh lapisan lilin yang berwarna putih. Kutu ini menyerang tanaman tomato dengan menghisap cecair yang terdapat pada bahagian daun. Kutu ini menyebabkan penyakit embun jelaga. Antara tanda-tanda penyakit ini ialah menjadi sarang tumpuan semut kerana cecair yang dikeluarkan manis daun akan berpintal dan rosak serta sering gugur. pengawalan boleh dilakukan dengan menyemburkan minyak putih (white oil) pada bahagian yang diserang. Sarang semut yang menjadi tempat penyebaran kutu putih dan kulat jelaga perlu dimusnahkan dengan menggunakan racun perosak yang sesuai.

5. SEMUT DAN BELALANG
Semut dan belalang sering menyerang pada peringkat semaian. Kedua-dua serangga ini akan menggigit dan memakan anak benih sehingga tidak boleh digunakan lagi. Langkah pencegahan boleh dilakukan dengan menggunakan racun perosak yang bersesuaian.


B. PENYAKIT


1. PENYAKIT REPUT HUJUNG BUAH (BLOSSOM AND ROT DISEASE)


Penyakit ini menyerang buah tomato yang muda dan tua. Gejala serangan penyakit ini dapat dilihat ketika buah masih muda. Pada peringkat awal serangan, kelihatan tompok-tompok berwarna hijau gelap pada hujung buah dan berubah menjadi warna coklat kehitaman. Bintik atau tompok kecil itu semakin membesar menjadi lekuk kehitaman di bahagian hujung buah disebabkan oleh kekurangan kalsium. Pada serangan yang serius, terdapat cendawan yang tumbuh pada bahagian buah. Ia akan mengakibatkan hasil penuaian berkurangan.

 Antara langkah pencegahan yang boleh dilakukan adalah dengan memastikan pembajaan dan pengapuran dilakukan dengan sempurna dan dapat membekalkan kalsium yang mencukupi kepada tanaman. Selain itu pengurusan air perlu dilakukan dengan sempurna, menyemburkan larutan kalsium klorida sebanyak 0.1% pada bahagian permukaan daun sebanyak 5-7 kali sehari. Penyemburan tersebut perlu dilakukan secara berterusan sehingga tanaman kembali sihat. Buah yang telah dijangkiti penyakit perlu dipetik dan dibuang.


2. PENYAKIT LAYU FUSARIUM


Penyakit ini disebabkan oleh kulat Fusarium oxysporum. Ia biasa menyerang tanaman tomato di kawasan tanah tinggi yang mempunyai kelembapan yang tinggi. Gejala serangan dapat dilihat apabila daun-daun muda berwarna kuning, urat-urat bahagian atas kelihatan pucat, dahan lembik dan terkulai dan tanaman membusuk dan mengeluarkan bau gas amonia. Bahagian pangkal batang yang dipotong berwarna coklat dan berbentuk cincin. Antara langkah-langkah pencegahan yang boleh dilakukan :

  • menjalankan pembajaan secara seimbang
  • pilih biji benih tomato yang rintang terhadap penyakit ini
  • lokasi penanaman perlu ada saluran air yang baik
  • pilih penanaman yang sihat
  • lokasi penanaman perlu dilengkapi sistem pengudaraan
  • rendam anak benih di dalam larutan benomil 0.1% sebelum ditanam

3. PENYAKIT LAYU BAKTERIA 
   (BACTERIAL WILT DISEASE)

Penyakit ini disebabkan serangan bacteria Pseudomonas solanacearum. Antara gejala penyakit ini ialah daun kelihatan layu dan menjadi kuning. Jika akar atau batang dipotong dan direndam didalam air, ia akan mengeluarkan cecair jaluran putih. Selain itu, kelihatan bintik-bintik coklat pada bahagian dalam batang yang dipotong. Penyakit ini mudah merebak di kawasan dataran rendah yang mempunyai suhu dan kelembapan yang tinggi serta kawasan yang mudah bertakung. Agen penyebaran ialah biji, serangga, air, penggunaan peralatan pertanian dan angin.
Langkah pencegahan boleh dilakukan dengan mencabut dan membakar pokok yang berpenyakit.. Tentukan saliran air yang baik di kawasan penanaman. Kawasan penanaman yang telah diserang perlu dikapur. Penggiliran perlu dilakukan pada tanaman yang berlainan keluarga Solanaceae. Selain itu, racun perosak yang sesuai digunakan ialah Agrep 20 WP atau Agrimycin 15/1.5 WP.


4. PENYAKIT REPUT AKAR

Penyakit ini disebabkan oleh serangan bakteria Phytium sp. Ia sering menyerang benih sehingga tanaman dewasa. Gejala awal dapat dilihat pada bahagian pangkal batang yang menjadi busuk, tanaman layu dan mati.
Langkah pencegahan dilakukan dengan merendamkan biji benih ke dalam larutan racun kulat iaitu Promapokarp hidklorida. Umumnya penyakit ini mudah menyerang tomato yang ditanam dikawasan tanah tinggi.

5. PENYAKIT VIRUS MOZEK


Gejala awal menunjukkan daun berbintik-bintik warna oren pada bahagian tengah daun atau pada kelopak bunga. Daun kelihatan berkerekot dan gugur dengan banyak. Gejala ini juga mudah kelihatan pada peringkat awal iaitu kelihatan bintik-bintik merah berdiameter 1.75 cm pada bahagian buah menunjukkan tomato mengalami serangan virus mozek yang serius.
 Penyebaran virus ini biasanya dilakukan oleh vektor virus seperti kutu trips. Langkah-langkah pencegahan boleh dilakukan dengan menyembur racun serangga seperti melathion untuk mengawal vektor virus. Musnahkan pokok yang berpenyakit dan kebersihan kawasan tanaman perlu sentiasa dijaga.


*Link dibawah boleh membantu anda untuk mengetahui tentang penyakit tanaman tomato dan cara   mengatasinya dengan lebih lanjut
  1.  http://www.hort.uconn.edu/ipm/veg/htms/mosvirto.htm
  2.  http://www.ces.ncsu.edu/depts/pp/notes/oldnotes/vg15.htm





Saturday, 12 May 2012

PENANAMAN TOMATO

Mengenali Tanaman Tomato

1. BOTANI
Amnya, tomato diklasifikasikan sebagai sayur-sayuran berbuah.
Golongan : Plantae (tumbuhan)
Bahagian : Spermatophyta (tumbuhan berbiji)
Sub-bahagian : Angiospermae (berbiji tertutup)
Kelas : Dicotylodenae (biji berbutir-butir)
Ordo : Tubiflorae
Keluarga : Solanaceae
Genus : Lycoperrsicum
Spesies : Lycoperrsicum esculentum

Berdasarkan nama botaninya, tanaman tomaato merupakan sebahagian daripada keluarga kentang
 (Solanum tuberosum), terung (Solanum melongena) dan cili (Capsicum annuum).

2. MORFOLOGI
   Tanaman tomato terdiri daripada bahagian akar, batang, daun, bunga dan biji. Pokok tomato boleh mencapai ketinggian sehingga 2-3 meter. Batang pokok tomato berwarna hijau, bercabang dam berbulu.. Pokok muda berbentuk bulat dan bertektur lembik tetapi ia akan berubah menjadi batang yang berkayu dan keras serta tumbuh bersudut apabila tua. malah, permukaan batangnya mempunyai bulu-bulu yang halus. Ia mempunyai akar tunjang yang kuat, banyak akar-kar serabut dan mampu menembusi ke dalam tanah sehingga 30-70 cm.
Batang Pokok Tomato
   Daun pokok tomato berwarna hijau, berbulu dan terdapat banyak perbezaan ukuran dan bentuk. Panjang daun antara 20-30 cm. Kebanyakan daun tomato tumbuh pada bahagian hujung dahan atau cabang. Tangkai daunnya berbentuk bulat memanjang sehingga 7-10 cm dan mempunyai ketebalan 0.3-0.5 cm.
Daun yang pelbagai saiz
   Bunganya berwarna kuning dan menghasilkan bunga sebayak 5-10 kuntum bunga yang tersusun di dalam jambak pada bahagian cabang atau ranting. Nmaun susunan ini bergantung kepada jenis tomato. Bunganya mempunyai 5 kelopak berbentuk sesudu dan berwarna putih.
Bunga Tomato: berwarna kuning 




  Buah tomato mempunyai banyak perbezaan dari segi warna, saiz, bentuk dan rasa. Terdapat buah tomato yang berbentuk bulat, bulat memanjang, bulat pipih dan berbentuk bujur. Sementara itu terdapat buah tomato yang berwarna hijau apabila muda dan berwarna merah , merah kekuningan atau merah kehitaman semasa tua.

 
Terdapat tiga cara pertumbuhan pokok tomato:
1. menegak (Determinate). Tanaman tumbuh secara menegak dan buah tumbuh pada hujung pokok. Boleh dituai dalam jangka masa yang pendek dan batangnya tumbuh dengan cepat.
2. menjalar (Indeterminate). Tanaman tumbuh secara menjalar. Bunga dan buah tidak tumbuh pada bahagian hujung pokok. Mengambil masa yang lama untuk dituai dan batangnya adalah lembut.
3. separuh menegak dan menjalar (Semi Interminate). Tanaman tumbuh secara menegak dan menjalar.